SMKKB merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang terletak di daerah Pasir Mas,Kelantan. Kebitaraan sekolah ini adalah berpaksikan penggunaan Bahasa Inggeris dan Kor Kadet Polis. Sekolah ini merupakan sekolah harian kategori luar bandar yang terletak kira-kira 6 km dari bandar Pasir Mas.
VISI
SMK Kubang Bemban Sekolah
Berprestasi Tinggi 2014
MISI1. Membentuk sistem pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
2. Mengekalkan kecemerlangan akademik dengan pencapaian 100% lulus dalam PMR, SPM, STPM melalui aktiviti-aktiviti P&P yang berkualiti dan berkesan.
3. Menjadikan SMKKB antara yang terbaik di peringkat kebangsaan dalam pencapaian akademik.
4. Meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri pelajar melalui program bina insan yang efisyen dan efektif bagi menghadapi cabaran global.
5. Menghasilkan pelajar yang terus berdaya saing dalam kegiatan kokurikulum terutamanya bidang sukan dan permainan, dan ko-akademik di peringkat antarabangsa.
6. Menyediakan persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat.
MOTO QBemz
Iman dan Ilmu Menjana Kecemerlangan
FALSAFAH QBemz
Hanya usaha yang terancang dan berterusan membuahkan hasil yang gemilang
No comments:
Post a Comment