TOKOH NILAM NEGERI KELANTAN 2012

Pada tahun 2012, SMK Kubang Bemban telah berjaya menghasilkan seorang tokoh nilam peringkat negeri kelantan iaitu Nur Amalini bt Ismail, 950221035194. Pada 26-29 April 2012,beliau telah menyertai Kem Nilam Peringkat Kebangsaan yang bertempat di BTPN Shah Alam,Selangor.

 CORETAN TOKOH NILAM NEGERI KELANTAN 2012
Taklimat Kursus





26 April 2012 - Bertolak ke BTPN Shah Alam, Selangor

Beliau bertolak ke BTPN Shah Alam Selangor pada pukul 9.00 pagi bersama guru pengiring, Puan Rozlina serta tokoh nilam kelantan kategori sekolah rendah. Beliau tiba di BTPN, Selangor pada pukul 7.30 malam. Sebaik sahaja beliau mendaftarkan diri, beliau mengikuti taklimat ringkas berkenaan penilaian tokoh nilam peringkat kebangsaan bersama para peserta tokoh nilam seluruh negeri di Malaysia.

27 April 2012 - Sesi Penilaian Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan

Sesi penilaian tokoh nilam peringkat kebangsaan bermula pada pukul 8.00 pagi. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi 3 orang ahli. Nur Amalini berada dalam satu kumpulan bersama tokoh nilam dari Sarawak dan Terengganu. Sesi penilaian dimulakan dengan aktiviti dalam kumpulan. Para peserta diuji dengan soalan berbentuk pendapat dan ilmiah. Pada sebelah petang pula, sesi penilaian individu dimulakan. Para peserta diberi tugasan untuk membuat persembahan secara spontan berdasarkan soalan yang diberi. Nur Amalini telah diberi gambar bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

28 April 2012 - Majlis Penganugerahan Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan

Para peserta mula bertolak ke PWTC dengan diiringi polis trafik. Majlis itu diadakan pada hari yang sama dengan Pesta Buku Antarabangsa. Pengetua SMK Kubang Bemban turut hadir untuk memberikan semangat kepada Nur Amalini. Namun, gelaran Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan telah digondol oleh peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

29 April 2012 - Bertolak pulang ke kelantan.

Sebelum beliau bertolak pulang, satu sesi bergambar bersama para peserta dan fasilitator telah diadakan. Beliau bertolak pulang ke kelantan pada pukul 10.30 pagi dan tiba di kelantan pada pukul 8.00 malam.

No comments:

Post a Comment