Majlis Graduasi Qbemz Kali Ke-VII

Tanggal 5 April 2012,berlangsungnya Majlis Graduasi SMK Kubang Bemban Kali Ke-VII dengan jayanya.Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Haji Rosland bin  Hussein merangkap Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi acara perasmian.

Warna-warni Hari Graduasi Qbemz 2012:





Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Rosland bin Hussein

                                  
                                                         Anugerah Pelajar Cemerlang:
Muhamad Hafizuddin bin Hassan (9A+1A)
Muhammad Aiman bin Wan Jusoh (9A+1A)



                                
                                    

Kursus Pemantapan Pengurusan PSS Abad Ke-21

Kursus Pemantapan  Pengurusan PSS Abad Ke-21 Zon Timur di BTPN, Beserah, Kuantan

Pengisian Kursus:-

Tajuk 1: Perancangan dan Hala Tuju PSS Abad Ke-21
Oleh: Puan Fadzliatun Zainudin

> Pekeliling PSS yang terbaru dan kedudukan GPMS
> Kepentingan Program NILAM
> Mempertingkatkan penggunaan e-Book
> MBM & MBI
> Hala tuju PSS di Malaysia

Tajuk 2: Pusat Sumber Digital
Oleh: Puan Fadzliatun Zainudin

> Literasi maklumat
> Membina blog/portal/laman web

Tajuk 3: Pemantapan Pelaksanaan Program Literasi Maklumat
Oleh: Yg. Bhg. Datin Che Normadiah Che Abbas

> Pengembaraan dalam kerjaya
> Penganugerahan PSS
> Kepentingan Program NILAM
>Literasi maklumat

Lawatan Ke Arkib Negara Kuantan

Foto-foto sepanjang berkursus











Anugerah Juara

PERIS QBem telah mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Juara Peringkat Daerah untuk tempoh 2 tahun.

1. Tempat Ketiga Peringkat Daerah 2009
2. Tempat Ketiga Peringkat Daerah 2011

TOKOH NILAM NEGERI KELANTAN 2012

Pada tahun 2012, SMK Kubang Bemban telah berjaya menghasilkan seorang tokoh nilam peringkat negeri kelantan iaitu Nur Amalini bt Ismail, 950221035194. Pada 26-29 April 2012,beliau telah menyertai Kem Nilam Peringkat Kebangsaan yang bertempat di BTPN Shah Alam,Selangor.

 CORETAN TOKOH NILAM NEGERI KELANTAN 2012
Taklimat Kursus





26 April 2012 - Bertolak ke BTPN Shah Alam, Selangor

Beliau bertolak ke BTPN Shah Alam Selangor pada pukul 9.00 pagi bersama guru pengiring, Puan Rozlina serta tokoh nilam kelantan kategori sekolah rendah. Beliau tiba di BTPN, Selangor pada pukul 7.30 malam. Sebaik sahaja beliau mendaftarkan diri, beliau mengikuti taklimat ringkas berkenaan penilaian tokoh nilam peringkat kebangsaan bersama para peserta tokoh nilam seluruh negeri di Malaysia.

27 April 2012 - Sesi Penilaian Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan

Sesi penilaian tokoh nilam peringkat kebangsaan bermula pada pukul 8.00 pagi. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi 3 orang ahli. Nur Amalini berada dalam satu kumpulan bersama tokoh nilam dari Sarawak dan Terengganu. Sesi penilaian dimulakan dengan aktiviti dalam kumpulan. Para peserta diuji dengan soalan berbentuk pendapat dan ilmiah. Pada sebelah petang pula, sesi penilaian individu dimulakan. Para peserta diberi tugasan untuk membuat persembahan secara spontan berdasarkan soalan yang diberi. Nur Amalini telah diberi gambar bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

28 April 2012 - Majlis Penganugerahan Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan

Para peserta mula bertolak ke PWTC dengan diiringi polis trafik. Majlis itu diadakan pada hari yang sama dengan Pesta Buku Antarabangsa. Pengetua SMK Kubang Bemban turut hadir untuk memberikan semangat kepada Nur Amalini. Namun, gelaran Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan telah digondol oleh peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

29 April 2012 - Bertolak pulang ke kelantan.

Sebelum beliau bertolak pulang, satu sesi bergambar bersama para peserta dan fasilitator telah diadakan. Beliau bertolak pulang ke kelantan pada pukul 10.30 pagi dan tiba di kelantan pada pukul 8.00 malam.

Pengenalan

SMKKB merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang terletak di daerah Pasir Mas,Kelantan. Kebitaraan sekolah ini adalah berpaksikan penggunaan Bahasa Inggeris dan Kor Kadet Polis. Sekolah ini merupakan sekolah harian kategori luar bandar yang terletak kira-kira 6 km dari bandar Pasir Mas.

VISI
SMK Kubang Bemban Sekolah
Berprestasi Tinggi 2014
 MISI1. Membentuk sistem pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
2. Mengekalkan kecemerlangan akademik dengan pencapaian 100% lulus dalam PMR, SPM, STPM melalui aktiviti-aktiviti P&P yang berkualiti dan berkesan.
3. Menjadikan SMKKB antara yang terbaik di peringkat kebangsaan dalam pencapaian akademik.
4. Meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri pelajar melalui program bina insan yang efisyen dan efektif bagi menghadapi cabaran global.
5. Menghasilkan pelajar yang terus berdaya saing dalam kegiatan kokurikulum terutamanya bidang sukan dan permainan, dan ko-akademik di peringkat antarabangsa.
6. Menyediakan persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat. 

MOTO QBemz
Iman dan Ilmu Menjana Kecemerlangan

FALSAFAH QBemz
Hanya usaha yang terancang dan berterusan membuahkan hasil yang gemilang